dream big and shine on !

Saturday 1 March 2014

my dad is my hero

bapa
seorang yang tegas tapi disebalik hatinya , seorang yang sangat penyayang
bapa
seorang yang sukar menzahirkan kata 'sayang' , tapi disebaliknya,
dia meletakkan anak-anaknya sebagai keutamaannya

itulah jiwa seorang bapa, yang sukar untuk diselami tapi perlu untuk kita fahami

for my story . . . .
aku bukanlah seorang 'anak ayah' yang mana tak rapat sangat dengan bapak aku
mostly, aku banyak berbual or on the phone dengan ibu aku and i don't even know kenapa macam ada jurang kat situ walhal dulu masa aku kecik2 dulu, aku sangat rapat dengan bapak aku. entah entah dan entah. aku perasan aku starts tak rapat masa family aku kena pindah Penang sebab bapak aku sambung study kat USM, aku ikut family aku, duduk dengan they all around 1-2 tahun then aku balik Pahang stay dengan atuk-nenek aku. lama jugak aku duduk dengan they all sampaikan aku terasa aku membesar dengan grandparents aku. mungkin sebab tu jugak aku tak rapat dengan bapak aku. but jauh disudut hati aku, aku akui aku sangat sayangkan bapak aku even tak pernah terluah pun kata-kata sayang dari mulut aku. aku tak mampu nak zahirkan dan itu kelemahan terbesar aku. even kepada sesiapa pun aku tak mampu nak ucap 'sayang'. tapi aku harap sangat bapak aku tahu yang aku sayang dia sepenuh hati. bapak, the one yang sanggup berpenat lelah cari rezeki buat mengisi perut yang menanti. bapak, yang bersusah payah menyekolahkan aku dan sanggup menghantar aku ke universiti supaya aku jadi orang yang berguna. bapak, yang bersusah payah mencari apa2 kegemaran aku untuk memenuhi kehendak aku. bapak, berusaha untuk mengisi rohani aku dengan agama Islam supaya aku terus kekal dalam landasa menuju Ilahi , Allah yang satu. bapak , another part of me after my mom. separuh jiwa aku. bapak, insan yang aku tak pernah minta daripada Allah tetapi dikurniakan oleh Allah sebagai satu anugerah yang terindah. yang melengkapi perjalanan kehidupan aku atas dunia. bapak, maafkan anakmu ini andai pernah menguris hatimu, pernah melukai perasaanmu, andai anakmu ini menyakiti mu dengan kata-kata mahupun perbuatan. sungguh, anakmu ini tidak pernah terlintas untuk melukaimu. bapak, terima kasih atas segala pengorbananmu dan titik peluhmu demi membesarkan along, syerah, tikah dan aliff. takkan pernah terbalas jasamu. ya Allah, ampunilah segala dosa kedua-dua ibu bapaku, kasihanilah mereka, tempatkan mereka di syurgaMu, kurniakan mereka sebaik-baik kurniaan dan senangilah hati mereka. sesungguhnya tiada apa yang mampu aku berikan kepada mereka melainkan setulus doa. makbulkan doaku ini ya Allah. Aamiin

"kasihilah kedua ibu bapa"

zikrullah pada Maha Pencipta