sekadar pengisian jiwa dan rohani |
assalamualaikum w.b.t pada semua muslimin dam muslimat . hari ini , baru aku sedar dari buaian jiwa . biasalah . kadang2 kita takkan terlepas dari buruk sangka . hari ini , ternyata persepsi aku salah terhadap orang lain . kita rasa orang benci kita , lupakan kita , tipu kita dan sebagainya tetapi semua itu hanya dapat dibuktikan secara zahir , bukan dengan andaian kita sahaja . jika kita tengok someone dari persepsi yang berbeza , kita juga perlu melihat juga dari pro dan kontranya . minda kita juga mestilah fikirkan kebaikan . ISLAM sendiri menganjurkan supaya umatnya sentiasa berbaik sangka dan berfikiran positif.
hal ini memang kena batang hidung aku sendiri masa aku menilai salah seorang dari sahabat karib aku masa sekolah menengah dulu . aku fikir dia mesti dah lupakan aku dan tak nak kawan dengan aku lagi . yelahh . dia sekarang belajar dekat UIA but aku kat UNISZA je . aku belajar kat U cikai . tak sehebat dia . macam manalah dia nak berkawan dengan 'orang cikai' macam aku ni . haha . melampau betul fikiran aku terhadap dia kan ? Astaghfirullah hal azim . kejam betul aku . tak terfikir pun situasi dan keadaan dia . aku main hentam je . last2 aku juga yang salah tafsir . maafkan aku sahabat
nak dijadikan cerita . suddenly , dia hantar chat kat facebook aku . dia tanya khabar dan minta no.phone aku . seriously aku terkejut . eyy ? ? dia ingat lagi kat aku ? aku pun layan chat dia . seronok gilakk rasa . perasaan aku bercampur baur . lepas chat2 . baru aku tersedar yang anggapan aku terhadap dia memang 100% salah ! !
now , dia still ingat aku dan berharap agar kami saling berhubung . sungguh . aku tersangat2 lahh terharu . mati2 aku fikir dia jenis yang lupa kawan . dia cakap kat aku " nick , aku bersahabat ikhlas kerana Allah , i'Allah aku takkan pernah lupakan kau dan kebaikan kau , bersahabat biarlah sampai ke syurga '" hebat sangat kata2 dia kan ? ye . aku pun tersentuh . insyaAllah aku juga cuba untuk bersahabat macam dia .
' bersahabat hingga ke syurga '
insyaAllah aku akan mengambil tauladan daripada yang berlaku . kita mesti guna akal fikiran yang dikurniakan ini dengan sebaik-baiknya. wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment