dream big and shine on !

Monday, 12 November 2012

* sentiasa bersyukur kepada Allah *

ya Allah . jadikan lah aku hamba mu yang bersyukur ! aamiin
Assalamualaikum w.b.t . alhamdulillah kerana pada hari ini aku masih diberi peluang untuk bernafas dan melihat dunia ini . yaa. dah lama aku tak bermuhasabah diri . tak istiqamah . dan kini aku telah mendapat pengajaran yang memang menyedarkan aku dari lamunan . siapa yang tak sedih jika impian mereka tak tercapai ? betul tak ? macam itu juga lah diri aku pada hari ini . target aku tak tercapai . aku harap aku dapat DL tapi nampaknya tu bukan rezeki aku . dan insyaAllah aku cuba untuk redha dan memikirkan hikmah disebaliknya . now , aku nak set balik jadual dan teknik belajar untuk semester ke 2 ni . ada hikmah yang berlaku disebalik apa yang terjadi . Allah nak aku menangis , merayu dan bersujud padaNya kembali . ya . itulah hikmah nya . Allah tak nak aku berterusan hanyut .

yang paling jelas , Allah sangat menyayangi aku dan sebab itu Dia kurniakan ujian dan dugaan ni . Dia nak jadikan aku insan yang sentiasa bersyukur dan berusaha . terima kasih ya Allah . sangat indah hikmahnya . jika Allah kurniakan aku kecemerlangan , mungkin aku tak memikirkan hikmah2 ni . dan kemungkinan juga aku akan riak , takbur dan seangkatan dengannya . sekali lagi Alhamdulillah ya Allah . Kau berikan nikmat dan dugaan dengan adil kepada hamba2Mu . 

okay lah , setakat sini jela aku menulis . sedih sebenarnya tapi aku tabahkan diri . lagipun result aku okay dah cuma tak lepas target . means aku tak dapat DL= dean list . tapi aku kena bersyukur juga . ramai orang lain yang tak dapat result yang bagus . insyaAllah aku nak buat yang terbaik pada semester2 yang akan datang . doakan aku ye ! 

ya Allah , permudahkanlah urusan kehidupan ku dan pembelajaran ku 
semoga aku dapat menempuh dugaan dan ujian yang mendatang dengan hati yang tabah , redha dan terbuka .
mudahkan lah pembelajaran ku ya Allah . aamiin




No comments:

Post a Comment

zikrullah pada Maha Pencipta