dream big and shine on !

Sunday 26 May 2013

coretan sebuah kisah hamba Allah

terima kasih ya :)

dalam dunia ni berbagai jenis perangai dan kerenah manusia yang terkadang kita sendiri pun tak boleh nak handle . bermacam ragam , bermacam sifat . sampaikan satu masa pun kesabaran kita dah 'over-limit' . geram toksah cakap la , bernanah hati berbisul jantung *amboih* . maaf . ayat tadi hiperbola sangat dan diluar kewarasan akal . berbalik semula kepada storyline > baik baik baik dan baik . nak aku coretkan sebuah kisah . . . . . yang aku tak tahu nak klasifikasikan bawah kategori yang mana whether menyayat hati , sedih melampau ataupun seangkatan dengannya .

  • kisah pertama    
ada seorang muslimah . ya ummm . boleh dikategorikan sebagai muslimah juga (sebab dia berpurdah, bertudung labuh , berbaju longgar dan berstokin kaki) . memang muslimah sejati la kan ? dia seorang yang sangat berbudi bahasa dan tersenyum disebalik purdahnya . suami dia pula seorang pendakwah yang sentiasa keluar berdakwah dijalan Allah .
Allah , sememangnya mereka keluarga Muslim yang sentiasa mencari keredhaan Allah . mereka juga berniaga barangan ibadah dan kesihatan atas alasan mereka berniaga untuk membantu orang lain dalam masa yang sama .
tetapi . . 
dalam pada masa yang sama . tanpa mereka sedari .
mereka telah 'menindas' orang lain . tak lain tak bukan adalah pekerja mereka sendiri . mereka juga tak menunaikan janji yang telah diucapkan suatu ketika dahulu kepada pekerja mereka . Allah . sesungguhnya kita tidak berhak untuk menilai seseorang tetapi kita dikurniakan mata hati untuk menilai apa yang baik dan apa yang buruk . sedangkan gaji yang sepatutnya dibayar , tetapi tidak dibayar dengan setimpal . penat lelah orang lain melakukan kerja demi mereka tapi itu yang dibayar ? ? 
setakat ini , sudah berapa ramai pekerja mereka yang sudah berhenti gara2 masalah yang mereka sendiri ciptakan . nak kata mereka tidak mampu untuk mebayar gaji , tidak pula kerana jualan kedai mereka pada setiap hari sangat menguntungkan . Allah sahaja yang Maha Mengetahui . 

(dan ini merupakan pengalaman aku sendiri dan juga kawanku , kami bekerja dengan jujur dan amanah tetapi dibalas begini . tak apa . ini merupakan sebahagian dari ujian Allah buat kami . tujuan aku menulis kerna ingin menjadikan kisah ini sebagai iktibar dan pengajaran . belum tentu dengan kita berpakaian menutup aurat / muslimah / ustaz / ustazah sekalipun kita dapat 'tutup' perbuatan buruk kita . jangan disebabkan pakaian kita sebegitu , orang memandang rendah pada martabat Islam . sesungguhnya kesucian hati itu juga penting dalam kita menjalani kehidupan kita dalam syariat Allah . hati merupakan segala2 nya . ianya boleh menjadi seburuk2 anggota @ ia juga boleh menjadi sebaik2 anggota . wallahu'alam 

  • kisah kedua
kisah mat gian (drug addict) yang mana dia merasakan bahawa dia saja yang betul dan segala tindak tanduknya adalah betul . seperti yang kita tahu , mat dadah ni kalau tak dapat dadah , dia akan mengamuk sakan dan dia sanggup berbunuhan demi mendapatkan 'bekalan' nya . tetapi mereka rasa apa tindakan yang mereka buat itu betul . mereka rasa mencuri itu betul , mengugut untuk membunuh ibu-bapa itu betul dan membakar rumah itu juga adalah betul . ini kerana pengaruh dadah ke atas diri mereka . sampaikan mereka rasa yang mereka saja yang duduk di alam nyata tetapi orang yang tidak pernah mengambil dadah itu sebagai   orang yang hidup dialam fantasi . menakjubkan . . pemikiran sonsang yang terkeluar dari norma kehidupan . malahan mereka sanggup mengatakan bahawa orang2 yang tidak mengambil dadah ini sewajarnya bermuhasabah diri kerana tidak pernah duduk didalam penjara . adakah kena masuk penjara dulu baru jadi insan yang sentiasa berada di alam realiti ? tak logik .

(tujuan aku menulis kisah ini kerana dalam pemerhatian aku , mat gian ni sering mengaku mereka saja yang betul . no offences intended . hanya sebuah nukilan)


- apa2 pun , yang penting kita mesti bermuhasabah diri pada setiap hari . . jangan rasa diri kita terlalu baik hingga kita menidakkan kebenaran . Allah . semoga kita jauh dari segala sifat mazmumah . Aamiin . wallahu'alam. 


ya Allah , lindungilah hamba2 mu daripada segala yang buruk dan keji 
dan lindungilah kami dari syaitan yang direjam .
peluklah hati2 kami agar kami dapat terus menjaga dan mengekalkan hidayahMu
Aamiin

No comments:

Post a Comment

zikrullah pada Maha Pencipta