dream big and shine on !

Wednesday, 26 August 2015

not broken just bent

i have done my best, i had studied very hard and done my utmost for the diploma, now i let Allah do the rest. people keep asking me why, i just told them it's Allah plan. He setting me right. tahu tak, aku rasa aku termasuk dalam orang2 yang beruntung sebab Dia uji aku dengan ujian ni. kemungkinan kalau tak diuji macam ni, mungkin aku makin sombong, siapa tahu kan. bukan aku nak berlagak dengan rasa i'm feel so blessed, tapi cuba nak positifkan diri supaya hanya fikirkan yang baik2, lebih2 lagi tentang Dia, Dia nak aku kembali, kembali pada fitrah. bersangka baiklah dengan Dia. actually, aku ni seorang yang jenis nak defend diri aku daripada sakitnya sebuah sangkaan so aku lebih berfikir negatif, ye aku pelik tapi that's me. dah lama aku hidup dengan cara ni, tapi sekarang Allah nak 'tunjukkan' yang berpemikiran negatif tu slow2 merosakkan dalaman aku, sebab jiwa dipenuhi dengan negativity. and being positive is indeed amazed me! kekuatan tu ada pada setiap masalah, cuma kita yang perlu 'buka mata' supaya nampak yang setiap sesuatu tu ada kebaikan, kekuatan yang terselit. tengok semua yang terjadi dari sudut yang positif, dan kita tak kan menyalahkan takdir. mungkin juga ni jawapan kepada semua doa aku. Dia tak bagi dari cara yang aku mahu, tapi Dia bagi apa yang aku perlukan melalui caraNya. so kat sini, positif lah even masalah mengelilingi dan mencekik anda.

off topic kejap, 2014 kelmarin nak pasang braces tapi terpaksa hold dulu sebab gum problem and ada 1 gigi aku ni kena buat root treatment, doc kata kena buat tapi tak nak buat takpe sebab dia dah tampal tapi akan mengundang masalah suatu hari nanti. tapi aku terlampau lampau takut nak buat root treatment tu, aku tanya doc tu sakit tak? lethal tak? what if saya mati masa operation? sakit tu akan berpanjangan selama berapa hari? saya boleh makan lagi tak? (banyak lagi soalan out of sense) percayalah yang aku pun tak percaya aku tanya soalan bodoh hahaha *nangis*, doc tu punyalah gelak sampai berhenti kejap untuk tarik nafas. dia cakap sebelum treatment tu, patient tu akan dibius dulu. tapi aku tak boleh la, aku takut benda2 yang berkaitan gigi sebab rasa imminent danger tu. memang dari zaman tadika lagi aku dah lari dari doc gigi, takut nau nak buat check up gigi. padahal check up je pun tapi phobia laaaaaa *defend diri* hahaha now bila gigi dah tak comel molek mula lah menyesal tak sudah. patutnya aku dah pasang braces masa sekolah lagi tapi masa tu pun takut melampau, bila sampai klinik gigi tu automatik perut rasa macam ada rama2 mengamuk, muka pun pucat je, pernah jugak masa sebelum spm, aku teman kawan aku pergi klinik gigi, sampai depan pintu tu lutut mengeletar, jalan pun slow motion je lepastu kawan aku tu tegur apesal muka pucat semacam. gila nak bagitahu dia, kemungkinan kalau balik asrama mesti kena menganjing habis-habisan, so aku action la macam takde apa2. even cerita ni takde kena mengena dengan initial story tapi bagi aku, yes cerita yang kedua ni pun ada pengajaran yang maybe aku seorang je yang paham. taught me to be dauntless, sebab ketakutan tu hanya menyebabkan kita terlepas peluang dan we kneel to our own weakness. tunduk pada kelemahan. at last kita juga yang rugi. so unleash your valor/bravery/courage and beat it up!

adjourned.

No comments:

Post a Comment

zikrullah pada Maha Pencipta