dream big and shine on !

Tuesday 6 November 2012

be humble ^,^

humble is best !
Assalamualaikum . dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani . entry aku kali ni pasal humble a.k.a merendah diri . merendah diri ni bukan lah bermaksud sesaja merendah kan diri kita sehingga orang lain boleh pijak kepala kita . merendah diri ini dengan cara tak terlalu bercerita sangat pasal kelebihan kita . kononnya kita saja beruntung kat dunia ni . sampaikan kita rasa diri kita je perfect . orang lain hanya kita pandang enteng . dengan erti kata lain kita terlalu bangga diri . terlalu yakin diri kita mampu capai apa yang kita hajati . tak salah untuk yakin tapi jangan 'tolak tepi' tentang qada' dan qadar Allah . haa . kan itu jugak salah satu dari rukun iman . masih ingat kah lagi kita ? ? kita hanya mampu merancang , berusaha , berdoa dan bertawakal tapi segala-galanya juga ditentukan oleh Allah SWT sendiri . Dia yang lebih mengetahui yang terbaik buat makhluk2 Nya . berbalik kembali pada tajuk utama , humble , tak salah kita merendah diri kerana semua makhluk adalah sama pada pandangan Allah cuma dibezakan melalui ketaqwaan . Allah tak pandang pada harta kekayaan kita , status kita , kekuasaan kita , pangkat dan sebagainya . jadi tak perlu kita berbangga diri dengan semua nikmat dunia . semua itu takkan kekal lama . bukan kita boleh bawa mati . cuma amalan kita sehari2 didunia ini yang menjadi perhitungan pada hari pembalasan . 

cuba bayangkan , pada hari ini kita bermegah dengan pangkat , harta dan status yang kita ada . kita menghina orang lain . kita abaikan hak yang ada pada mereka . tiba2 esoknya kita kehilangan semua itu dengan sekelip mata . saat itu , kita seolah2 hilang pergantungan . dan ketika itu juga barulah kita rasa sakitnya , peritnya penderitaan orang2 susah yang hanya menagih belas ihsan orang lain dan mengharapkan tulang empat kerat yang tidak pasti samada hari2 yang mendatang dapat digunakan lagi @ sebaliknya . waktu itu barulah kita menyesal atas apa yang kita lakukan . Allah itu Maha Adil . Dia memberi rezeki dengan adil cuma Dia sayangkan hamba2 Nya , sebab itulah Dia kurniakan dugaan . setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmah yang terselit . 

pelbagai cara dapat diaplikasikan supaya kita dapat menjadi seorang yang merendah diri . first of all , sentiasa ingat bahawa semua manusia sama , tiada lebih tiada kurang melainkan ketaqwaan . mind set mesti ingat bahawa Allah saja lah yang berkuasa dan maha hebat . dengan itu , kita akan merasa diri kita kerdil . kita juga malu untuk membanggakan diri kita . malu untuk menghebohkan kelebihan kita yang tak seberapa berbanding Allah Taala yang Maha Berkuasa . tetapi janganlah sampai kita menidakkan langsung kelebihan yang dikurniakan . cuma hanya mengingati bahawa kita khalifah Allah yang terpilih untuk mentadbir bumi ini dengan sebaiknya . maka perlakuan kita mestilah sejajar dengan tujuan Allah menjadikan kita . kita diciptakan untuk kebaikan maka bangunkan dan suburkanlah bumi ini dengan 'kehijauan' kebaikan .

kemudian , pandang lah kesusahan orang lain . maka dengan itu kita sentiasa akan mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan pada kita . jika kita hanya memikirkan kesusahan diri kita saja , kita takkan pernah tahu dan peduli tentang penderitaan orang lain . mungkin kita mempunyai rumah besar , kereta mewah , anak2 yang cerdik dan cergas , keluarga yang bahagia dan pangkat yang tinggi tetapi kita tidak tahu bahawa mungkin orang lain tidak langsung mempunyai rumah untuk berteduh , hanya tinggal dibawah jambatan , tidak mempunyai wang walau sesen pun untuk mengisi perut yang sudah lama tidak diisi , keluarga yang porak peranda , orang lain yang mempunyai anak tetapi kesemuanya sakit dan sebagainya . 

dengan merendah diri kita dapat belajar sesuatu yang terbaik , kita dapat mengenal erti berperikemanusiaan , menjadikan kita insan yang sentiasa bersyukur dan dapat mempertingkatkan ketaqwaan kita terhadap yang Maha Mencipta . bukan dengan merendah diri kita akan dihina dan dilihat sebagai seorang yang tiada kehormatan , tetapi kita akan lebih dihormati dan dapat dijadikan contoh tauladan kepada muslim yang lain . seseorang muslim merupakan cerminan kepada muslim yang lain . dunia akan menjadi lebih indah . tiada pergaduhan dan peperangan . umat Islam juga kan bertambah ramai . kita juga akan dapat saling bantu membantu untuk meraih syurga Ilahi .

 
ya Allah , selamatkan lah umat Islam akhir zaman ini .
aamiin .
nukilan dari sekeping hati yang mencuba untuk berubah , insyaAllah .


No comments:

Post a Comment

zikrullah pada Maha Pencipta