dream big and shine on !

Saturday 3 November 2012

in the midst of hardship

ukuwah itu sangat indah jika disulami dengan kasih sayang dan keikhlasan
 .
assalamualaikum . hello ! today i wanna to story to you about one of my friends . eishh . berabuk speaking omputih . okayy . lets kick start . kawan aku ni . ehh . sahabat . ada perbezaan antara sahabat dan kawan . kawan hanya hadir dan pergi dalam waktu ketika untuk mengisi hari-hari kita tetapi sahabat sentiasa  berada di sisi kita pada setiap ketika . dialah pendengar setia masalah dan kegembiraan kita . nampak tak perbezaan nya kat situ . haa . sebenarnya banyak lagi tapi malas lah nak tulis . haha . actually , tu bukan purpose sebenar yang aku nak tulis . aku nak cerita pasal salah seorang dari sahabat2 aku . 

dia sebaya dengan aku (sama umur lah tu) aku kenal dia masa aku form 1 (2007) kat sek.men.agama.rompin . schoolmate lah ni . tapi dia sangat berbeza dengan sahabat aku yang lain . nickname dia  _____ . dia punya fizikal agak2 chubby sedikit dan comel . kecik2 je orangnya . dia juga cerdik jugak . sekelas dengan aku . tapi sayang dia sekolah dengan aku sampai form 3 je (2009) sebab musababnya dia tak nak ambil exam SMA (sijil menengah agama) . memang susah gila exam ni tapi sekurang-kurangnya kita mencuba dan berusaha . puas aku pujuk dia tapi dia tetap tak nak ambil dan dia mesti tukar ke sekolah biasa . dia memang sedih nak tinggal sahabat2 dia (kami2 lah tu) tapi apakan daya suratan takdir.

okayy . lama jugak kami lost contact sebab aku duduk hostel so kena konkong patuh pada hostel's rules . tak boleh bawa handphone and bagai2 lahh . plus , balik just sebulan sekali je . mana sempat nak buka handphone or facebook or twitter or tumblr or whats so on . seriously kami semua rindu gila kat dia ni . dia macam aku jugak . gila-gilaan so bila dia move on so kami tersangat-sangat rindukan chubby ni .

lama kelamaan perasaan rindu tu semakin hilang atas pelbagai faktor . puas aku cari source untuk contact dengan dia balik . last2 usaha aku tak sia2 . aku dapat connect lagi dengan dia . bila dah lama tak jumpa so banyak lah perkara yang di story-mory . dia cerita pasal life dia lepas move on . sedih sangat . dia tak dapat fokus pada pelajaran , family problems , kewangan and banyak lagi masalah yang dia hadapi . seriously aku sedih tapi aku salute sangat kat dia sebab dia sangat tabah . even SPM dia tak berapa molek , dia still nak sambung belajar and now dia ambil STPM kat sekolah lama dia . 

huhu . sedih okay . aku yang ada peluang yang sangat cerah ni main2 pulak dalam belajar . orang lain kat luar sana bersusah payah untuk menimba ilmu . aku ambil pengajaran dari kisah hidup dia supaya aku sentiasa beringat dan sentiasa bersyukur atas apa yang Allah bagi pada aku . Alhamdulillah ya Allah . 


semoga tinta ini menjadi tauladan yang baik .

No comments:

Post a Comment

zikrullah pada Maha Pencipta