dream big and shine on !

Thursday 15 November 2012

salam maal hijrah 1434H

Assalamualaikum w.b.t . Alhamdulillah berkesempatan lagi aku bernafas pada tahun baru Islam ni . and bermula lah juga kehidupan aku pada sem yang baru di Unisza . sedih sangat nak tinggalkan rumah . acececece. padahal malas . for sure bukan lahh . seriously , memang masa cuti sem ni aku adalah rasa nak balik Unisza sangat . tak sabar nak jumpa kawan2 kononnya . tapi bila banyak spent time kat rumah rasa tak nak balik pula . haha . macam2 ragam manusia ni . 

salam maal hijrah . semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya .

okayy . berbalik semula pasal cerita tahun hijrah yang baru . insyaAllah aku nak berhijrah dari yang buruk kepada yang lebih baik . niat aku pada tahun2 sebelum ni memang tak bergerak ! haha . bergerak juga , tapi sikit sangat . tak banyak sangat perubahan yang aku dah buat . so insyaAllah tahun ni nak pertingkatkan perubahan pada diri aku dari segala aspek . 

sebagai umat Islam , for sure lah kita kena perbaiki diri dan ibadah kita pada Allah . tak selamanya kita perlu berada di takuk lama . ( ayat aku , tak tahan ! ) jangan gelak . betul apa yang aku cakap . ustaz Azhar Idrus pun setuju kalau dengar kata2 aku . ke gane ? ( trademark Ust Azhar Idrus ) haha . Astaghfirullah hal azim . banyak sangat gelak ni . banyak gelak + bercakap = jiwa mati . Subhanallah . semoga dijauhkan . harap2 seluruh umat Islam dipimpin dan dibantu untuk sama2 berubah ke arah kebaikan .

recently , berita ada paparkan pasal Gaza diserang lagi oleh Israel . Ya Allah , kejam sangat . tak berperikemanusiaan . sememangnya mereka kaum yang telah dilaknat Allah . marilah kita bersama mendoakan Gaza agar selamat dari serangan Israel laknatullah . and jom bersama membaca qunut nazilah agar Gaza kembali aman . ya . sedih sangat . kita dekat Malaysia ni aman , damai , tenteram , cukup makan , cukup pakai , boleh sebebasnya menuntut pelajaran , ada rumah untuk berlindung dan banyak lagi nikmat2 kurniaan Allah . 

 di Gaza , tak ada macam kat Malaysia , anak2 mereka mengangkat batu untuk mempertahankan bumi mereka berbanding anak2 Malaysia yang hanya mengangkat senjata dalam game . sadis keadaan . mereka tak cukup makan . ahli keluarga ramai yang terkorban . sedih bila tengok gambar2 budak kecik memangku mayat ibu bapa mereka . tapi dorang sangat tabah . hanya berbekalkan batu sebagai senjata untuk melawan balik 'perisai besi' israel . ya Allah , besarnya jihad mereka . aku juga merindui untuk menjadi sebahagian dari para syahidah . siapa yang tidak mahu pahala untuk berjihad di jalan Allah ? besar pahalanya . semoga kita diberkati Allah .

bacaan qunut nazilah .
marilah kita bersama2 membacakan doa qunut nazilah ini . semoga Allah maqbulkan . aamiin

Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka..

Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka..


Wahai tuhan yang gagah perkasa,
Wahai tuhan yang penuh raksasa,
Wahai tuhan yang bersifat murka,
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.

" wahai orang-orang yang beriman , jika kamu menolong agama Allah , nescaya Dia akan menolongmu dan akan meneguhkan kedudukanmu "
 (surah Muhammad ayat 7)

No comments:

Post a Comment

zikrullah pada Maha Pencipta